Selamat Datang Ke Badan Amal Islam



BADAN AMAL   ISLAM
SELANGOR / W. PERSEKUTUAN
N0. PENDAFTARAN
5732/95
ALAMAT MENYURAT
POST BOX NO 185, 
JALAN KLANG LAMA 
58000 KUALA LUMPUR
NO TALIPON
012 – 3909786 / 012 – 3073786 
FAKSIMILI
03 8060 4099


 .
PENAUNG

Y.Bhg. Datuk  Dr. Hj. Mohamed Haniffa Hj. Abdullah
MBBS.  FICGP. DIMP, PJN.
Pengarah Urusan  MAHSA SDN. BHD.

Tuan Haji Hishamudin Tan Sri Ubaidullah

Pengerusi YAYASAN UBAIDI


Dato Haji Jamarul Khan Bin Hj Kadir
DIMP, AMN , AIS

Tuan Haji Abdul Kader Bin Hassan Ali
DSM
Pemilik METRO SECURITY



PENGERUSITuan Aram’ Abdul Subahan Bin Mohammed Hussain
PEN. PENGERUSITuan Haji Shahul Hameed Bin Hj Amanullah
SETIAUSAHAEn. Sulaiman Bin K. Ismail






Bismillahir Rahmaanir Rahim  . Al-hamdulillahi Rabbil  ‘Alamin Wabihi Nasta’ in
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.

Badan Amal Islam telah ditubuhkan pada tahun 1995 .
Ianya diasaskan oleh Pengerusinya Tuan Aram Abdul Subahan bersama dengan penaung – penaung dengan matlamat untuk kerja – kerja keagamaan , kebajikan dan kemasyarakatan . Majlis – majlis yang dijalankan adalah seperti Tilawah AlQuran , Nasyid dan Majlis Pelancaran buku kesasteraan Tamil/Muslim Malaysia yang mana telah dirasmikan pada tahun 2003 oleh Perdana Menteri YAB Tun DR. Mahathir di PWTC  .
Satu dari usaha kami ialah menjaga kanak – kanak  Yatim/Miskin khasnya untuk kaum India Muslim dan umum untuk semua kaum. Pada waktu itu Badan Amal Islam telah menyewa rumah untuk menjayakan usaha murni tersebut. Kami telah berdoa agar kami dapat membendung ramai anak – anak India Muslim daripada tersesat dan terpesong akidah mereka bila mereka dibawah jagaan mereka yang bukan beragama Islam.
Dengan berkat doa , keperihatinan dan sumbangan kewangan dari ramai orang yang berhati mulia dan murni khasnya warga India Muslim di Malaysia, hasrat kini tercapai di mana kini kami telah membeli sebidang tanah dengan keluasan 17 ribu kaki persegi dan telah  membina sederet 4 unit rumah dengan kos lima ratus ribu ringgit untuk kanak – kanak Yatim/Miskin yang diberi nama “YAYASAN NOOR MANZIL”. Yayasan Noor Manzil telah menjaga kebajikan anak – anak Yatim/Miskin seramai 26 orang yang telah dewasa dan ada yang telah berkahwin dan bekerja. Kini terdapat seramai 13 kanak – kanak dirumah Yatim/ Miskin Yayasan Noor Manzil.
Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa jikalau terdapat kanak – kanak yang yatim , miskin atau terbiar hubungilah kami di nombor talipon di atas dengan segera.
Hasrat  kami yang seterusnya adalah untuk mendiikan sebuah rumah untuk warga emas insyaAllah.
Kami mengharapkan sumbangan untuk meneruskan usaha kami.
Sumbangan yang dihulurkan sangat – sangat kami hargai. Kami di sini hanya dapat berdoa agar mereka – mereka ditambahkan berkat dan dirahmati. 
Kami sudahi dengan surah dan hadis dibawah ini.




سُوۡرَةُ البَقَرَة
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٢٦١)

Surah Al-Baqarah Ayat 261
Bandingan ( derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap- tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ( ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas ( rahmat ) kurnianya lagi Meliputi ilmu pengetahuannya.
 Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).


SEGALA  SUMBANGAN ANDA BOLEH DIMASUKKAN KE AKAUN KAMI

NAMA AKAUNBADAN AMAL ISLAM SEL.& WILAYAH PERSEKUTUAN
NO AKAUN 12047-01-0015973
BANKBANK ISLAM MALAYSIA BERHAD



Sesiapa yang hendak memberikan cek ,
tolong berikan di atas nama
'BADAN AMAL ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN'
dan diposkan ke alamat

Badan Amal Islam
P.O. Box No 185, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Sumbangan dalam bentuk makanan yang sudah siap dimasak seperti makanan tengah hari atau makanan malam juga dialu - alukan.Diharap tuan dapat menghubungi
Encik Subhan di talian 012 -307 3786 terlebih dahulu sebelum menghantar makanan.
SEGALA SUMBANGAN ANDA ADALAH SANGAT SANGAT KAMI HARGAI.

Subscribe via email